Wednesday, September 18, 2013

MANA HATI ITU?

Bismillahirrahmanirrahim..

SUMBER DI PETIK DARIPADA NUKILAN "HIASAN DUNIA".
SEMOGA KALIAN TERHIBUR MEMBACANYA.. :)



Saat diri mencari hati yang tercicir, saat itu air mataku basah mengalir.. Allahu.. sebak dijiwa.. apabila hati tersentak dengan ayat-ayat Murabbi.. " Mana pergi keyakinanmu? mana pergi semangatmu?mana pergi penyatuanmu dengan tuhanMu??" mengapa kamu tidak boleh berbuat pada dirimu sedang kamu bersemangat memberi pada insan lain? mana?

diriku benar2 sebak.. ketika itu jawapannya adalah, " carilah hatimu..sayangi hatimu.. saat kamu bersendirian tanpa sesiapa,biarkan! saat kamu sedih, mangadulah!saat kamu merasa hati dan akalmu buntu, menangislah.. tunduklah di hadapan Allah..menangislah semahumu.. minta sebanyak yang engkau ingin.. merayulah padanya ketika jiwamu merasa kesempitan dan kedukaan..hanya Dia yang dapat memberimu jalan.. hanya Dia yang dapat memberimu pengharapan.. yakin dengan janjiNya.. Allah sebaik2 pengharapan..positiflah dengan Allah..sangka baik dengan Allah..

ketiku hatiku berbisik, alangkah bahagianya apabila dahulunya aku menerima nasihat sedemikian.. hatiku mula berbunga.. hilang sedu ku seketika.. hanya doa yang ku ada..dan aku perlu kepada usaha..usaha semaksimanya.. bukan minimanya.. meyakinkan aku untuk terus 'melangkah'. terus kedepan.. bak kata seorang sahabatku,"jangan pandang belakang lagi!focus!" itulah antara kata-semangatnya terhadapku.. meskipun jarak kami jauh, persahabatan kami erat.. mudah2han Allah sayangi dia, menjaganya tiap waktunya..amin..

setiap kesedihan,kekurangan,kesempitan,kealpaan, itu semua Allah beri..untuk apa? untuk kita ingat padaNya,untuk kita yakin dengan janjiNya.. jika kita terus pasrah,putus asa,Allah tidak akan bantu kita melainkan kita terus bangkit dari jatuh,kuatkan semangat untuk terus maju kehadapan.. kegagalan dan kekecewaan bukanlah satu alasan bagi kita..rawatlah iaa dengan diri kita sendiri.. bergantung dengan Allah,sentiasa istiqamah, semangat dalam melakukan sesuatu..topup balik mutiara Iman kita ini agar hati kita tidak kelam dan tenggelam..



apabila kita bersangka baik dengan Allah,bersangka baiklah juga kepada manusia..mungkin dahulunya dia berakhlak buruk, bergaul bebas,xjge batas seperti berbual dlm telefon dgn yang tak berkaitan..tapi sekarang sudah berubah,alhamdulillah..support dia..doakan dia..bukan menyangka bukan2 seperti bila dia berhubung dalam telefon,kita sangka dan sangka bukan2..padahal brckp dgn keluarganya.. dan janganlah saling hasad dengki dengan manusia.. jangan kamu mebenci apabila hidupnya selalu bahagia.. ucaplah alhamdulillah kerana dia gembira..ada manusia yang kadangkala tidak boleh melihat kesenangan orang lain..baginya semua tidak betul dan salah..ada sahaja omongan yang dilontarnya.. masyaAllah.. jagalah lidahmu.. 



itulah penyakit hati..seakan2 kita pula yang mentadbir bumi.. kadangkala menghukum manusia lain macam dirinya itu berkuasa lebih daripada pencipta sebenar..na'uzubillah!! moga Allah lindungi kita..jagalah emosi,akhlak dan sahsiah diri kerana ia juga merupakan salah satu aset untuk berjaya dunia akhirat.. misi kita adalah "TAUHID"!! kerana iaa terus memandu kita mencari diri kita yang sebenar sebagai hamba Allah.. jika ianya tiada, manakan kita mampu pijak duri-duri di jalan2 duniawi untuk ukhrawi kerana tiada kekuatan tauhid itu.. manakan kita tersungkur dan berpatah balik jika kita tiada prinsip TAUHID itu!

Ayuhlah! bangkitlah berjuang! selagi kita yakin! janji itu!Allah akan selalu mendampingimu hingga kamu menuju bertemu penciptamu yang paling Agung ykni Allah S.W.T.

Wallahua'lam..